WAKTU SOLAT

PENGUNJUNG YG DIHORMATI


Pengenalan 12:00 AM





Bismillahirahmanirrahim..






Salam sejahtera semua remaja yang dikasihi Allah..



Selamat datang ke laman Blog ini bagi menerokai MUTIARA SIDEQ®. Satu Wahdah untuk membangunkan modal insan pada setiap individu bagi berhadapan dengan cabaran dan keperluan kehidupan masa kini.


Setiap insan yang dilahirkan adalah ibarat mutiara. Selain menjadi khalifah dimukabumi ini, mereka juga adalah sebahagian dari makhluk-makhluk lain yang menghiasi alam. Namun bagi memperlengkapkan hiasan berkenaan agar memberi menafaat bukan hanya pada diri sendiri malah sebagai persiapan untuk menghiasi kehidupan dunia dan akhirat, satu bentuk tambah nilai diperlukan. Disinilah, SIDEQ® di garap dan di sesuaikan dengan konsep mutiara agar dapat melahirkan insan Kamil yang mempunyai jati diri, kesedaran, kemampuan fikiran dan lebih proaktif dalam aktiviti kehidupan.


MUTIARA SIDEQ sasarannya dalah peringkat remaja, sekitar 10 tahun hingga 17 tahun kerana mengikut kajian, gulungan ini sentiasa tercari-cari pengisian dan gulungan ini jugalah yang lazimnya cenderung mencontohi trend-trend yang tidak sihat. MUTIARA SIDEQ di reka untuk menyediakan platform ditengah-tengah kesibukan pembelajaran untuk diisikan dengan "Spiritual", IQ -Mind Power, Dynamism - Jati diri, EQ- Mengurus Emosi dan Quran - Sebagai sahabat.


Bagi memastikan platform berkenaan di menafaatkan oleh warga remaja keseluruhannya, SMART KNOWLEDGE CONSULTANT telah menyediakan beberapa siri program seperti berikut:
a. Kem Remaja SIDEQ® Cuti sekolah penggal Pertama ( 3 hari 2 malam)
B. Kem SMART SIDEQ® Cuti sekolah penggal kedua ( 3 hari 2 malam)
C. Kem MUTIARA SIDEQ® Cuti seklah akhir tahun (2 Minggu)


MUTIARA SIDEQ® berusaha memastikan setiap pengisian bukan hanya berbentuk akademik malah merangkumi pengisian rohani, emosi dan jasmani. Setaip waktu yang terluang di pergunakan dengan baik dan warga fasilitator kami adalah mereka yang terlatih dan telah dipersijilkan.