WAKTU SOLAT

PENGUNJUNG YG DIHORMATI


TESTIMONI PELAJAR UPSR 5A SKDC NILAI 5:23 PM



Saya sempat menemuramah beberapa pelajar SK Desa cempaka dimana Smart ada menganjurkan program 3S - Rahsia Kejayaan Menjana kecemerlangan bulan Mei 2010, Mereka benar-benar melakar sejarah apabila berjaya melonjakkan peratus kejayaan dan bilangan mereka yang mendapat 5A dan 4A. Syabas..!

PAMPHLET SMART CAMP 10:35 PM


SMART CAMP 2010 PROGRAM CUTISEK DECEMBER 9:04 PM





Program 3 Hari 2 malam
PEMANTAPAN
SAHSIAH DIRI
REMAJA CEMERLANG
SK Camp & Resort
Kampung Ulu Tamu
Batang Kali, Selangor Darul Ehsan
RM280.00

Tarikh :
Sesi 1 – 5,6 & 7 December 2010
Sesi 2 – 12,13 & 14 December 2010

Cuti persekolahan bermula lagi dan kelazimannya ibu bapa akan berusaha untuk melibatkan anak-anak mereka dengan pengisian yang berfaedah agar perasaan bosan, malas, lembab dan sebagainya mula menyelubungi prestasi pelajar tersebut akibat cuti yang panjang. Aktiviti yang digarap dan direka seimbang dalam memperkasakan sahsiah serta jiwa remaja ini amat berguna bukan sahaja mampu menghasilkan pelajar yang bestari malah secara tidak langsung, turut menyediakan dirinya sebagai pelajar yang cemerlang sama ada di rumah, di sekolah mahupun dalam masyarakat setempat. Justeru, program Smart Camp direka untuk mengekalkan momentum remaja agar terus terdidik dan berdisplin dalam apa jua situasi.

OBJEKTIF PROGRAM1. Mengenalpasti kekuatan, kelemahan, dan potensi para pelajar serta menguasai kemahiran EQ.
2. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai tanggungjawab sebagai seorang khalifah, anak, warganegara dan juga pelajar .
3. Memberi penekanan kepada sikap/moral pelajar, disiplin, dan persediaan pelajar untuk kembali ke sekolah.
4. Penerapan nilai murni sejajar dengan syariat
5. Memahami dan mengamalkan petua-petua untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
Untuk membolehkan pelajar membentuk matlamat dan rangka tindakan merealisasikan kecemerlangan dalam pembentukan sahsiah diri pelajar bestari

PENGISIAN:Sesi 1: Motivasi dan Kecemerlangan
• Penganalisisan kendiri
• Kekuatan, kelemahan dan potensi diri
• Sumber mengenal peribadi
• Ciri-ciri pelajar cemerlang
• Meneroka garis masa
• Membuang sikap negatif
Sesi 2: Minda dan Kecemerlangan
• Kehebatan otak manusia
• Minda sedar vs Minda separa sedar
• Kuasa Minda
• Keperluan saranan positif
• Makanan Minda
• “anchoring”
Sesi 3: Petua Menangani Cabaran Remaja Masa Kini
• Bahaya ketagihan rokok dan dadah
• Gangsterisme
• Ancaman Murtad, Pengkid, Black metal
• Mencontohi Remaja cemerlang
Sesi 4: Pembentukan Matlamat Diri
• Di mana dan ke mana
• Apa yang anda mahu?
• Hukum Tarikan
• Amali: Membentuk matlamat diri secara SMART
Sesi 5: Tanggungjawab
• Sebagai khalifah
• Sebagai anak
• Sebagai pelajar
• Sebagai warganegara
Pengisian Kerohanian
• Memperbetulkan bacaan solat dan Fatihah
• Asas teknik solat khusyu
• Penguasaan zikir dan Doa terpilih
• Penguasaan kemahiran EQ
Gerak Kerja Kumpulan
• Kerja berkumpulan
Aktiviti Rekreasi dan outdoor
• Permainan
• Kembara Minda
Persembahan Kreativiti

METODOLOGI PROGRAMSyarahan, penerangan dengan menggunakan LCD projektor, perbincangan, bengkel, soal jawab, kaunseling peribadi/kumpulan, aktiviti riadah dan permainan, latih lakun atau amaln praktikal, Video Klip, Saranan audio, Kaedah NLP dan juga LOA

SIAPA YANG PERLU
TURUT SERTA
Program ini terbuka kepada pelajar
• 10 - 17 tahun
• 9 tahun dibenarkan sekiranya menyertainya bersama abang atau kakak

BUTIRAN PEMBAYARAN
Bayaran hendaklah dibuat melalui mesin ATM ke akaun CIMB No 06120004915050 SMART KNOWLEDGE CONSULTANT
Sebaik sahaja bayaran dibuat, perlulah di faks dan sms pada kami. Slip bayaran perlu dibawa masa pendaftaran.
Sebarang pembatalan penyertaan kurang 48 jam tidak dibenarkan. Namun penyertaan boleh digantikan dengan peserta lain atau pada sesi akan datang.
Bayaran adalah merangkumi pengurusan tempat tinggal, makan, minum secara sederhana serta perlindungan takaful
Penganjur berhak menjadualkan semula program jika kurang sambutan ataupun atas faktor cuaca

Sila Hubungi
Smart Knowledge
Consultant
92 Laman Kemboja 3/1, Kota Seri Emas, 71800 Nilai Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel /Fax : 06-7999293 HP : 013-3350036 (Azmi) / 013-9398049 ( Rohani)
Email : azmi.smartknowledge@gmail.com http://kemmutiarasideq.blogspot.com/

PROGRAM SMART - RAHSIA KECEMERLANGAN MENJANA KEJAYAAN 8:45 PM



August 2010, SMART SIDEQ menghasilkan program baru yang diberi nama Rahsia kecemerlangan Menjana Kejayaan (RKMK). program ini di reka khas untuk pelajar sekolah SMART di Kuantan yang akan menduduki PMR 2010. Hampir 60 pelajar pencapaian sederhana ( berdasarkan ujian bulanan mereka) dipilih menyertai program ini untuk melonjakkan motivasi dan keyakinan mereka bagi berhadapan dengan peperiksaan penting. Program ini dianjur bercama Fasilitator Md Nizam Mustafa Helmi dari CMTC Kuantan

SMART SIDEQ LEADERSHIP 6:48 PM



Program kempimpinan Pengawas ini di adakan di SK Taman Rincing Beranang Selangor. Hampir 74 orang pengawas dan pengawas perpustakaan terlibat. program setengah hari ini bertujuan membina kemhairan kepimpinan serta menyuntik semangat keyakinan diri dalam menjadi pemimpin berkesan. Program ini juga banyak menggunakan teknik NLp dan anchoring.

PROGRAM REMAJA SMART SK DESA CEMPAKA NILAI 2010 6:09 PM





Mei 2010, program ini dikendalikan untuk Tahun 6 bagi menyuntik semangat motivasi dengan menggunakan teknik NLP. Program ini bertujuan untuk menyahtoksidkan segala bentuk sikap negatif pada minda pelajar bagi berhadapan dengan situasi mencabar untuk menduduki peperiksaan UPSR.
Ini merupakan projek pilot menggunakan NLP dan kami akan umumkan hasilnya kelak.
Keseluruhan program ini di fasilitatorkan oleh Sdr Mustaqim dari Smart Excel Consultant.

SMART CAMP 2010 BULAN DEC 1:12 AM





Cuti persekolahan bermula lagi dan kelazimannya ibu bapa akan berusaha untuk melibatkan anak-anak mereka dengan pengisian yang berfaedah agar perasaan bosan, malas, lembab dan sebagainya mula menyelubungi prestasi pelajar tersebut akibat cuti yang panjang. Aktiviti yang digarap dan direka seimbang dalam memperkasakan sahsiah serta jiwa remaja ini amat berguna bukan sahaja mampu menghasilkan pelajar yang bestari malah secara tidak langsung, turut menyediakan dirinya sebagai pelajar yang cemerlang sama ada di rumah, di sekolah mahupun dalam masyarakat setempat. Justeru, program Smart Camp direka untuk mengekalkan momentum remaja agar terus terdidik dan berdisplin dalam apa jua situasi.
HUBUNGI : 013-9398049 ( HJH ROHANI)