WAKTU SOLAT

PENGUNJUNG YG DIHORMATI


SMART SIDEQ DI SK CEMPAKA NILAI 10:33 PM




Salam


Semoga semua beroleh rahmat dan keredhaan dari NYA.


5hb Mei 2009, Saya di undang untuk memberikan ceramah Motivasi Pelajar Cemerlang di SK Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan. Kesempatan itu saya kongsikan beberapa elemen SMART Sideq hampir yang berlangsung 2 jam. Moga pelajar berkenaan benar-benar dapat menafaat dan mengamlakan perkongsian ilmu berkenaan demi sebuah kejayaan yang diimpikan.

SMART SIDEQ 9:44 PM













Salam..



SMART Sideq membuka tirai
setelah sekian lama menyepi dek sarat dengan aktiviti-aktiviti semasa. Program Remaja sideq yang berlangsung pada cuti semester pertama tempoh hari adalah diluar jangkaan. Program yang diterajui oleh Ust Khirul beserta dengan beberapa Fasilitator dari UniKL, MMU dan Maktab perguruan benar-benar memberikan impak positif pada peserta. Melihat dari body language peserta yang terdiri dari remaja 10 tahun hingga lah 18 tahun, mereka benar-benar berpuas hati dengan pengisian sepanjang program berkenaan. Secara peribadi saya boleh katakan program ini berjaya mencapai objektifnya. Apapun Program Remaja Sideq adalah program awalan bagi mencetus minda. Nantikan Program Smart sideq yang bakal berlangsung pada cuti semester ke dua.. Kami janjikan pengisian yang bermakna dan berguna.

Kem Remaja SIDEQ 6:25 AM




Salam..

Kini Kem remaja SIDEQ 2009 akan bermula dari 15, 16 dan 17 Mac 2009. Sila lihat Brochures nya seperti berikut. Warga Fasilitator SMART KNOWLEDGE CONSULTANT Tidak sabar untuk mengendalikan aktiviti SIDEQ ini bersama anda. Segera mendaftar diri dan jangan lepaskan peluang. jadikan diri anda Remaja Hebat.. Kita jumpa di Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh Melaka.

Pengenalan 12:00 AM





Bismillahirahmanirrahim..






Salam sejahtera semua remaja yang dikasihi Allah..



Selamat datang ke laman Blog ini bagi menerokai MUTIARA SIDEQ®. Satu Wahdah untuk membangunkan modal insan pada setiap individu bagi berhadapan dengan cabaran dan keperluan kehidupan masa kini.


Setiap insan yang dilahirkan adalah ibarat mutiara. Selain menjadi khalifah dimukabumi ini, mereka juga adalah sebahagian dari makhluk-makhluk lain yang menghiasi alam. Namun bagi memperlengkapkan hiasan berkenaan agar memberi menafaat bukan hanya pada diri sendiri malah sebagai persiapan untuk menghiasi kehidupan dunia dan akhirat, satu bentuk tambah nilai diperlukan. Disinilah, SIDEQ® di garap dan di sesuaikan dengan konsep mutiara agar dapat melahirkan insan Kamil yang mempunyai jati diri, kesedaran, kemampuan fikiran dan lebih proaktif dalam aktiviti kehidupan.


MUTIARA SIDEQ sasarannya dalah peringkat remaja, sekitar 10 tahun hingga 17 tahun kerana mengikut kajian, gulungan ini sentiasa tercari-cari pengisian dan gulungan ini jugalah yang lazimnya cenderung mencontohi trend-trend yang tidak sihat. MUTIARA SIDEQ di reka untuk menyediakan platform ditengah-tengah kesibukan pembelajaran untuk diisikan dengan "Spiritual", IQ -Mind Power, Dynamism - Jati diri, EQ- Mengurus Emosi dan Quran - Sebagai sahabat.


Bagi memastikan platform berkenaan di menafaatkan oleh warga remaja keseluruhannya, SMART KNOWLEDGE CONSULTANT telah menyediakan beberapa siri program seperti berikut:
a. Kem Remaja SIDEQ® Cuti sekolah penggal Pertama ( 3 hari 2 malam)
B. Kem SMART SIDEQ® Cuti sekolah penggal kedua ( 3 hari 2 malam)
C. Kem MUTIARA SIDEQ® Cuti seklah akhir tahun (2 Minggu)


MUTIARA SIDEQ® berusaha memastikan setiap pengisian bukan hanya berbentuk akademik malah merangkumi pengisian rohani, emosi dan jasmani. Setaip waktu yang terluang di pergunakan dengan baik dan warga fasilitator kami adalah mereka yang terlatih dan telah dipersijilkan.